Satu tapak di Klang, satu di Nilai, satu lagi baru mula minggu depan — dan satu pejabat kecil yang cuba tahu apa sebenarnya berlaku di ketiga-tiganya. NOWORX kumpul rekod kehadiran, checklist keselamatan, permintaan bahan dan laporan tapak dalam satu ruang kerja yang dibuka terus dari telefon di tapak, dengan tangan berdebu sekalipun. Ejen AI di setiap bahagian susun angka hari itu, tanda apa yang belum masuk, dan siapkan draf laporan untuk manusia semak.
Mandor snap gambar senarai muster pukul 8 pagi, hantar ke group WhatsApp yang sama tempat gambar konkrit dan mesej peribadi bercampur. Kerani taip semula ke spreadsheet malam atau esok pagi. Bila sub-con hantar bil kepala, tiada rekod bebas untuk dibandingkan.
Semalam 18 orang, hari ini 11 sebab sebahagian ditarik ke tapak lain, dan dua orang tak muncul langsung. Sebab tiada rekod harian per tapak, kos buruh sebenar bagi setiap projek hanya jadi anggaran hujung bulan.
Kerja berhenti tengah hari sebab hujan lebat, semua orang tahu masa itu juga. Tiga bulan kemudian, bila jadual projek tergelincir dan klien tanya kenapa, tiada siapa boleh tunjuk hari mana kerja hilang dan berapa jam.
Borang pemeriksaan scaffold dan taklimat pagi ditandatangan atas clipboard, kemudian tersepit dalam laci site office atau basah kena hujan. Bila klien atau pihak ketiga minta rekod, seorang staf terpaksa pergi ke tapak semata-mata untuk cari fail.
Simen kurang, besi tak cukup — supervisor telefon pejabat, pejabat telefon bos, bos telefon supplier. Tiada siapa boleh jawab kemudian siapa yang luluskan, harga berapa, dan kenapa lori sampai dua hari lewat sehingga kerja tergendala.
Ketik nama apl pada setiap langkah untuk melihat butirannya.
Mandor buka telefon di pintu masuk tapak dan tanda siapa masuk hari ini, tapak mana, kru siapa. Taklimat keselamatan pagi dan arahan bos disebarkan sekali gus ke semua tapak supaya tak perlu diulang tiga kali dalam tiga group berbeza. Pejabat nampak jumlah kepala setiap tapak sebelum pukul 9, bukan esok pagi.
Kerja hari itu disenaraikan per tapak supaya supervisor tahu apa yang perlu siap dan apa yang tersekat menunggu pihak lain. Checklist pemeriksaan keselamatan dan borang serah kerja diisi terus dari telefon, berserta gambar, jadi rekodnya wujud sebelum orang balik. Laporan harian tapak — kerja yang jalan, hujan, mesin rosak, siapa datang melawat — disiapkan dalam beberapa minit dan terus masuk ke satu tempat.
Permintaan bahan dari tapak dihantar sebagai pesanan, bukan panggilan telefon: apa, berapa banyak, untuk tapak mana, bila perlu sampai. Kelulusan bos berlaku dari telefon dengan rekod siapa lulus dan bila. Kos yang masuk dari setiap tapak dikumpul supaya perbelanjaan projek boleh dilihat semasa projek masih berjalan.
Excavator, mixer, generator, scaffold dan alat kecil didaftar dengan lokasi semasa dan sejarah servis, jadi tiada lagi soalan alat itu ada di tapak mana. Penggunaan bahan dan peralatan direkod supaya perbezaan antara yang diminta dan yang benar-benar digunakan kelihatan. Ejen tanda bila corak harian tiba-tiba lari daripada biasa — contohnya satu tapak minta bahan yang sama tiga kali dalam seminggu.
Kerana rekod harian sudah ada, jumlah hari kerja setiap orang dan setiap tapak boleh dikeluarkan tanpa memburu tiga orang berbeza. Sebut harga, invois kepada klien dan rekod bayaran disimpan bersama dokumen kontrak dan tarikh penting projek, bukan dalam email peribadi seseorang. Dokumen tuntutan kemajuan disokong oleh laporan dan gambar yang memang sudah dikumpul sepanjang bulan.
Yang mereka perlu buat hanyalah satu skrin: tanda siapa hadir, isi checklist, hantar laporan pendek. Tiada menu berlapis, tiada latihan sehari. Kalau seseorang benar-benar tak mahu sentuh telefon, kerani tapak atau supervisor boleh masukkan bagi pihaknya, dan rekod tetap menunjukkan siapa yang memasukkan.
Borang di NOWORX sengaja pendek dan ringan supaya boleh dihantar dengan talian yang lemah. Untuk tapak yang benar-benar tiada liputan, kebiasaan yang berkesan ialah rekod dimasukkan sebaik sahaja sampai ke kawasan bertalian atau oleh pejabat pada hari yang sama — tarikh dan pemasukkannya kekal boleh dijejak, jadi ia masih jauh lebih baik daripada kertas.
Boleh, dan biasanya inilah sebab utama syarikat binaan mula guna NOWORX. Setiap tapak atau kru boleh jadi bahagian tersendiri dengan akses terhad, jadi sub-con hanya nampak tapak dia sendiri. Bila bil kepala datang hujung bulan, anda ada rekod harian anda sendiri untuk dibandingkan.
Tidak. NOWORX mengendalikan lapisan orang dan kertas di tapak — siapa hadir, apa yang berlaku, apa yang diminta, siapa lulus. Angka yang terkumpul boleh dilihat dan dikeluarkan untuk dimasukkan ke sistem kos atau akaun yang anda sudah guna.
Dokumen yang ada tempoh sah — termasuk dokumen pekerja, sijil peralatan dan dokumen kontrak — boleh disimpan dengan tarikh tamatnya, dan sistem ingatkan sebelum tarikh itu sampai. NOWORX tidak memberi nasihat undang-undang atau menentukan apa yang dikehendaki pihak berkuasa; ia cuma memastikan tarikh yang anda sendiri tetapkan tidak terlepas.
Ejen bahagian membaca rekod yang masuk hari itu: kehadiran yang belum dihantar, checklist yang tertinggal, tapak yang tiada laporan. Ia susun ringkasan pagi untuk bos, siapkan draf laporan harian, dan tanda perkara yang kelihatan pelik. Keputusan dan kelulusan tetap di tangan manusia.